CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, June 19, 2008

~Lampe Berger - Bukan Sekadar Pengharum Dalaman~

Kenapa Aromaterapi?
Aromaterapi adalah cara untuk meningkatkan kualiti kehidupan dari segi fizikal, perasaan dan semangat.

Minyak essensial adalah inti yang tak berminyak, pekat dan harum daripada tumbuhan liar dan tumbuhan yang ditanam. Tujuannya termasuklah dari segi fizikal seperti melegakan otot-otot melalui urutan dan emosi; dengan menyenangkan hati dan perasaan. Dari segi semangat pula minyak essensial bermanfaat untuk mempromosi perasaan keriangan dan memudahkan meditasi.

Idea di sebalik aromaterapi adalah, pertama, untuk mengenalpasti haruman yang unik untuk setiap individu, yang berkeupayaan menjalin perasaan deriaan dan emosi yang positif, seterusnya haruman ini patutlah diintegrasi ke dalam hidupan harian individu tersebut untuk memupuk kesihatan holistik.

Haruman semulajadi ini dapat menguatkan hubungan kita kepada bumi kita dan mengamit emosi dan memori yang baik.

Aromaterapi berkeupayaan meningkatkan semangat. Ianya mampu melegakan perasaan rendah diri, putus asa, kesedihan, histeria, kebimbangan, masalah tidur dan juga masalah memori.

Kebaikan dari segi perubatan termasuk mengurangkan keletihan, masalah pernafasan, termasuk selsema, sakit kerongkong, lelah dan bronkitis. Lebih penting adalah aromaterapi boleh membersihkan dan memperbaiki kualiti udara.

Kesan Terapeutik Aromaterapi
Kesan terapeutik yang berasal dari aromaterapi adalah untuk meningkat dan menguatkan proses penyembuhan dalaman. Ini berlaku dengan cara merangsangkan sistem imunisasi seseorang itu secara tidak langsung.

Minyak essensial Lampe Berger mempunyai ciri-ciri terapeutik seperti ciri-ciri antiviral, antikuman, kelegaan kesakitan, anti-depresif dan penyembuhan selsema. Minyak essensial juga boleh merangsang, menenang dan membantu sistem penghadaman dan perkumuhan.

0 comments: