CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, June 19, 2008

~Lampe Berger - Diffuser & Essential Oils~





DIFFUSER 1 - (ASIE 33786)
Retail price - RM267.00
~ seri eShop - RM220.00 ONLY!!




DIFFUSER 2 - (ASIE 33787)
Retail price - RM267.00
~ seri eShop - RM220.00 ONLY!!




DIFFUSER 3 - (ASIE 33784)
Retail price - RM267.00
~ seri eShop - RM220.00 ONLY!!




DIFFUSER 4 - (ASIE 33785)
Retail price - RM267.00
~ seri eShop - RM220.00 ONLY!!




DIFFUSER 5 - (ASIE 3744)
Retail price - RM2,077.00
~ seri eShoppe - RM1,700.00 ONLY!!




DIFFUSER 6 - (ASIE 3800)
Retail price - RM1,493.00
~ seri eShop - RM1,260.00 ONLY!!




ESSENTIAL OILS - terdapat pelbagai pilihan wangian

BOIS DE SANTAL
Minyak Essensial ini di hasilkan daripada kayu dalaman pohon cendana yang berasal dari Asia. Secara tradisi, Cendana digunakan sebagai ramuan ubat-ubatan, minyak wangi, bahan solekan dan colok. Minyak essensial ini mendorong penyatuan rohani dan jasmani. Ia juga boleh menenangkan, mengatasi kegelisahan dan mengurangkan tekanan. Manfaat yang lain termasuklah; melegakan sistem pernafasan, menjamin tidur yang lena, menolong meditasi, menceriakan, mengghairah, membebaskan emosi dan mempromosi mimpi yang indah.

PYRETHE
Minyak Essensial Pyrethre merupakan penggabungan Eucalyptus dan Cengkih. Eucalyptus berasal dari Australia sementara Cengkih adalah pokok tropika yang berasal dari Asia. Minyak essensial ini boleh di dapati dari tunas, daun dan tangkai pokok-pokok ini. Di dalam perubatan tradisional Cina, sifat-sifat Cengkih yang anti-bakteria dan anti-kulat sememangnya di iktiraf. Minyak essensial ini juga menghalau serangga dan bersifat anti-jangkitan, ia juga boleh digunakan untuk menyegarkan udara dan dan menghilangkan bau.

Sesuai di gunakan di: Bilik tidur, ruang tamu dan bilik bayi.

CITRONELLE
Minyak Essensial ini adalah gabungan unik Eucalyptus, Basil, Serai dan Oren. Haruman serai yang di dapati di minyak essensial Citronelle agak berlainan dan ianya bersifat menceriakan dan menyegarkan. Citronelle melegakan laluan pernafasan, meringankan penyakit insomnia (tidak dapat tidur) dan pening kepala serta
mengurangkan tekanan, dan meningkatkan semangat. Ianya juga boleh berfungsi sebagai penghalau serangga.

Sesuai digunakan di: Bilik tidur, bilik bacaan dan ruang tamu.

ROSEE D'IRIS
Minyak Essensial ini berasal dari bunga yang berwarna merah jambu ini. Minyak essensial ini mengeluarkan haruman yang mesra dan berbunga-bungaan dan dikatakan mampu meningkatkan daya kreatif dan daya ramalan seseorang. Ia boleh megimbangi minda serta mempromosi penyembuhan dalaman. Ia juga berfungsi untuk melancarkan peredaran darah, melegakan tekanan dan kesedihan. Pasangan bercinta kerapkali menggunakannya untuk melahirkan suasana romantik.

Sesuai di gunakan di: Bilik tidur, bilik makan.

POMME VERT
Minyak Essensial ini dihasilkan dari buah Epal. Haruman ini segar dan berbuah-buahan, dan bolen menyamankan suasana. Ia membangkitkan perasaan gembira dan
mengingatkan semula tentang keceraian kami semasa masih kanak-kanak dahulu. Ini akan menceriakan dan meningkatkan keadaan emosi kami. Ia juga boleh meningkatkan selera, jadi Pomme Verte merupakan peningkat emosi dan boleh boleh memperbaiki keadaan persekitaran sesebuah bilik. Ia membersihkan udara dan persekitaran dengan ciri-cirinya yang anti kuman, anti bacteria dan anti-dust mite (anti-kutu habuk).

Sesuai di gunakan di: Bilik tidur, ruang tamu dan bilik bacaan.

EUCALYPTUS
Minyak Essensial ini dihasilkan daripada daun dan ranting-ranting pokok ini yang berasal dari Australia. Adalah satu fakta bahawa Beruang Koala dapat hidup dengan hanya memakan daun-daun Eucalyptus sahaja. Pada masa dahulu, sesiapa sahaja yang menghidap penyakit akan berpindah ke kawasan di mana pokok ini tumbuh dengan lebat dan Eucalyptus pernah juga di gunakan sebagai ubat. Minyak essensial ini boleh melegakan kesan-kesan penyakit lelah dan jangkitan ruang pernafasan serta meringankan penyakit bronchitis dan selsema. Ia juga boleh menyamankan dan memberi rangsangan kepada sistem saraf, meningkatan peredaran pernafasan dan menyegarkan, memulih serta merangsang aktiviti mental dan kesedaran. Akhir sekali Eucalyptus boleh juga melegakan sakit-sakit dan sengal otot, membasmi kuman dan menghalau serangga.

Sesuai di gunakan di: Bilik tidur, bilik bacaan dan ruang tamu.

LAVENDER
Minyak Essensial ini dihasilkan dari bunga-bunga tumbuhan Lavander. Tumbuhan ini adalah ‘evergreen’ atau kehijauan kekal semulajadi dari kawasan-kawasan mediteranean, dengan warna bunganya yang berwarna ‘lilac’ atau ungu muda. Lavande terkenal dengan sifat-sifatnya yang terapeutik yang mampu mengurangkan kerunsingan, menurunkan tekanan darah, menenangkan dan menguatkan saraf-saraf, mengendurkan atau menenangkan otot-otot, mungurangkan ketegangan, memberikan tidur yang lebih lena, meningkatkan fungsi-fungsi pernafasan, menceriakan dan mengawal ‘mood swing’ atau ketidakstabilan emosi. Ianya juga boleh membasmi kuman dan menghalau serangga.

Sesuai digunakan di: Bilik tidur, ruang tamu, bilik bacaan.

CHEVREFEUILLE
Minyak Essensial ini di hasilkan daripada bunga Woodbine. Tumbuhan ini amat tabah dan kuat dan boleh tumbuh di mana sahaja. Harumannya yang manis dikatakan amat sesuai untuk jiwa-jiwa yang terlampau nostalgik dengan membantu mereka memandang ke depan kepada masa yang akan datang. Harumannya juga boleh mengurangkan perasaan kerinduan terhadap kampung halaman kepada mereka yang jauh merantau. Chevrefeuille membangkitkan semangat tenaga muda dan memperbaharui rohani kita.

Sesuai di gunakan di: Pejabat, bilik makan, bilik tidur.

THE VERT
Minyak essensial ini berasal daripada daun-daun dari pokok teh. Haruman yang dihasilkan menyegarkan, menceriakan dan amat menyenangkan. Sebagai minuman, teh hijau mempunyai berbagai manfaat kepada kesihatan, contohnya ia boleh meringankan penyakit lelah, selsema, masalah sinus dan pening kepala disebabkan allergi. Haruman ini boleh mengurangkan kepenatan dan perasaan mengantuk, ianya juga boleh mengurangkan tekanan dan ini menjadikannya sesuai di gunakan oleh para pelajar dan pekerja pejabat. Ianya amat disyorkan untuk menghasilkan sesuatu suasana yang nyaman.

Sesuai di gunakan di: Ruang tamu, bilik tidur, bilik bacaan dan pejabat.

AMBRE
Minyak Essensial ini dihasilkan daripada pokok-pokok dan mempunyai haruman pokok Pain yang ringan. Haruman ini bertindak sebagai pelali ringan untuk melegakan emosi dan menenangkan saraf-saraf. Ianya juga mempunyai ciri-ciri anti-kuman, anti-bakteria dan anti-dust mite (anti-kutu habuk) dan boleh membersihkan sesebuah bilik. Amber boleh menghapuskan bau-bau yang tidak menyenangkan dan asap tembakau dengan berkesan dan boleh membersihkan atmosfera sesebuah bilik.

Sesuai di gunakan di: Bilik tidur dan bilik makan

SEMUA STOK AVAILABLE...

ESSENTIAL OILS 2 LITER
Retail price - RM428.00
~ seri eShop - RM350.00 ONLY!!

ESSENTIAL OILS 1 LITER
Retail price - RM244.00
~ seri eShop - RM200.00 ONLY!!

*FREE COURIER!!!

~Lampe Berger - Bukan Sekadar Pengharum Dalaman~

Kenapa Aromaterapi?
Aromaterapi adalah cara untuk meningkatkan kualiti kehidupan dari segi fizikal, perasaan dan semangat.

Minyak essensial adalah inti yang tak berminyak, pekat dan harum daripada tumbuhan liar dan tumbuhan yang ditanam. Tujuannya termasuklah dari segi fizikal seperti melegakan otot-otot melalui urutan dan emosi; dengan menyenangkan hati dan perasaan. Dari segi semangat pula minyak essensial bermanfaat untuk mempromosi perasaan keriangan dan memudahkan meditasi.

Idea di sebalik aromaterapi adalah, pertama, untuk mengenalpasti haruman yang unik untuk setiap individu, yang berkeupayaan menjalin perasaan deriaan dan emosi yang positif, seterusnya haruman ini patutlah diintegrasi ke dalam hidupan harian individu tersebut untuk memupuk kesihatan holistik.

Haruman semulajadi ini dapat menguatkan hubungan kita kepada bumi kita dan mengamit emosi dan memori yang baik.

Aromaterapi berkeupayaan meningkatkan semangat. Ianya mampu melegakan perasaan rendah diri, putus asa, kesedihan, histeria, kebimbangan, masalah tidur dan juga masalah memori.

Kebaikan dari segi perubatan termasuk mengurangkan keletihan, masalah pernafasan, termasuk selsema, sakit kerongkong, lelah dan bronkitis. Lebih penting adalah aromaterapi boleh membersihkan dan memperbaiki kualiti udara.

Kesan Terapeutik Aromaterapi
Kesan terapeutik yang berasal dari aromaterapi adalah untuk meningkat dan menguatkan proses penyembuhan dalaman. Ini berlaku dengan cara merangsangkan sistem imunisasi seseorang itu secara tidak langsung.

Minyak essensial Lampe Berger mempunyai ciri-ciri terapeutik seperti ciri-ciri antiviral, antikuman, kelegaan kesakitan, anti-depresif dan penyembuhan selsema. Minyak essensial juga boleh merangsang, menenang dan membantu sistem penghadaman dan perkumuhan.